MZNiaga FX adalah satu platform untuk berkongsi cerita mengenai FOREX. Ada yang telah menjadi JUTAWAN dan tak kurang juga yang gagal dalam arena forex ini.
Sebenarnya pilihan adalah di tangan kita masing-masing untuk mengatur langkah ke mana arah tujuan kita yang sebenarnya. Di dalam apa sahaja urusan tidak ada yang 'mudah' untuk dicapai, haruslah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.
Forex menjadi satu medan untuk kita belajar menguasai diri dengan bijak, kegagalan menanti pada mereka yang tidak sabar dan mengikut nafsu tamak dan haloba.
Ilmu dan kefahaman amat diperlukan dan menjadi satu kewajipan untuk natijah yang cemerlang. Tidak boleh hanya dengan 'teka-meneka', 'agak-mengagak' di dalam forex, harus yakin dan pasti dengan ilmu dan kefahaman yang kita capai.



0 comments:
Post a Comment